10 Hotel Terbaik di Kota Kinabalu 2020

Accommodation Blog Kota Kinabalu

Setiap tahun Sabah menerima hampir 4 juta pelancong dari dalam dan luar negara. Perkembangan yang mantap industri pelancongan negeri Sabah ini telah menarik minat banyak pengusaha hotel-hotel luar untuk mengembangkan perniagaan mereka di negeri ini manakala pengusaha sedia ada turut menunjukkan persaingan dengan memperbaiki dan menaiktaraf kemudahan dan servis mereka.

Berikut adalah senarai 10 hotel terbaik di Kota Kinabalu menjelang tahun 2020. Senarai ini adalah berdasarkan maklum balas pengguna Tripadvisor pada tahun 2019 di mana Sabah Travelogue percaya bahawa hotel-hotel tersebut akan mengekalkan kedudukan mereka.

Hyatt Regency Kota Kinabalu merupakan salah satu hotel mewah terawal di Kota Kinabalu. Kedudukannya yang strategik memudahkan penginap untuk berkunjung ke pasar malam yang popular dengan sajian makanan lautnya, di Todak Waterfornt Night Market.

Untuk tempahan bilik yang terbaik dalam kadar harga yang murah, kami syorkan untuk membuat tempahan di Agoda dan Booking.com

Hotel Ibis merupakan rangkaian hotel antarabangsa yang baharu sahaja bertapak di Sabah. Namun begitu, hotel ini terletak di Inanam iaitu di luar pusat bandaraya Kota Kinabalu. Inanam merupakan bandar kecil yang memakan masa lebih kurang 20 minit  dari pusat bandaraya sekiranya tiada kesesakan lalu lintas.

Untuk tempahan bilik yang terbaik dalam kadar harga yang murah, kami syorkan untuk membuat tempahan di Agoda dan Booking.com

Hotel ini adalah antara hotel yang terbaik di Kota Kinabalu. Hotel Grandis terletak bersebelahan dengan pusat membeli-belah Suria Sabah dan pasaraya bebas cukai pertama Timur Malaysia, Jesselton Mall. Jaraknya yang hampir dengan terminal feri dan jeti, Jesselton Point turut memudahkan anda yang ingin berkunjung ke pulaa-pulau berdekatan. Anda juga berpeluang untuk melihat keindahan bandaraya Kota Kinabalu melalui perspektif berbeza menerusi bar atas bumbung, Sky Blue Bar yang turut menyajikan sajian tempatan dan hiburan seperti live band.

Untuk tempahan bilik yang terbaik dalam kadar harga yang murah, kami syorkan untuk membuat tempahan di Agoda dan Booking.com

Hotel Mandarin merupakan hotel bajet yang terletak pusat bandar Kota Kinabalu. Walaupun begitu, kualiti servis dan harga biliknya yang berpatutan menjadikan hotel ini antara salah satu hotel terbaik di Kota Kinabalu.

Untuk tempahan bilik yang terbaik dalam kadar harga yang murah, kami syorkan untuk membuat tempahan di Agoda dan Booking.com

Antara hotel yang terawal ditubuhkan di bandar Kota kinabalu dan semestinya dijaga rapi dan servis yang mantap selari dengan hotel-hotel ternama di bandar ini. Pastikan anda mendapat bilik pemandangan laut disertai dengan pemandangan bandaraya kota kinabalu dan juga tidak ketinggalan, suasana pemandangan matahari terbenamnya.

Untuk tempahan bilik yang terbaik dalam kadar harga yang murah, kami syorkan untuk membuat tempahan di Agoda dan Booking.com

Shangri-La’s Tanjung Aru Resort & Spa merupakan salah satu hotel resort tertua di Kota kinabalu. Resort ini juga merupakan antara salah satu hotel termewah di Sabah. Resort ini terletak berhampiran dengan pantai Tanjung Aru yang sangat terkenal dengan pemandangan matahari terbenamnya. Perjalanan dari lapangan terbang ke resort ini hanya memakan masa lebih kurang 10 minit dan 15 minit bagi perjalanan dari pusat bandar.

Untuk tempahan bilik yang terbaik dalam kadar harga yang murah, kami syorkan untuk membuat tempahan di Agoda dan Booking.com

Hotel ini adalah hotel bajet yang cukup mengagumkan kerana dapat mengekalkan prestasi hotel mereka dalam senarai TripAdvisor 10 hotel teratas terbaik di Kota Kinabalu. Kadar harga tempahan bilik yang murah disamping lokasi yang baik adalah salah satu sebab hotel ini mendapat rating yang baik.

Walaubagaimanapun, usah meletakkan jangkaan yang lebih terhadap hotel bajet yang hanya mempunyai ketinggian 2 tingkat daripada bangunan lot kedai.

Untuk tempahan bilik yang terbaik dalam kadar harga yang murah, kami syorkan untuk membuat tempahan di Agoda dan Booking.com

Hotel sixty3 adalah satu lagi hotel bajet ideal yang mampu mengekalkan kedudukannya selama bertahun-tahun dalam senarai 10 hotel terbaik Tripadvisor. Selain lokasinya yang strategik, Hotel Sixty3 juga terkenal dengan keluasan dan tahap kebersihan bilik yang baik serta kakitangan hotel yang mesra dengan pelanggan

Untuk tempahan bilik yang terbaik dalam kadar harga yang murah, kami syorkan untuk membuat tempahan di Agoda dan Booking.com

Le Meridien Hotel Kota Kinabalu merupakan cawangan Le Meridien ke-3 di Malaysia. Hotel 5 bintang ini terletak di tengah-tengah pusat bandaraya Kota Kinabalu. Lokasi yang sangat strategik ini memudahkan penginap untuk berkunjung ke pasar malam terkenal bandar iaitu Filipino Night Market yang sangat meriah lebih-lebih lagi pada waktu malam. Pasar berada di seberang jalan yang berhadapan dengan Hotel Le Meridien.

Untuk tempahan bilik yang terbaik dalam kadar harga yang murah, kami syorkan untuk membuat tempahan di Agoda dan Booking.com

Hilton hotel Kota Kinabalu adalah hotel yang baharu sahaja ditubuhkan dan dalam jangka masa yang singkat ini, hotel ini berjaya menduduki tempat pertama dalam senarai 10 hotel terbaik 2019 berdasarkan pilihan pengguna di dalam Tripadvisor. Seperti cawangan lain di seluruh dunia, Hilton Kota Kinabalu merupakan penginapan yang menarik dan mewah yang pasti sempurna bagi memuaskan sesiapa saja yang menginap di sini.

Untuk tempahan bilik yang terbaik dalam kadar harga yang murah, kami syorkan untuk membuat tempahan di Agoda dan Booking.com


(Visited 34 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *